Sunday 21 April 2013

Ibu Mertuaku!

Assalamualaikum rakan madu..

Seram x denga tajuk post kali ni? Heee.. ibu mertua qaseh xde laa mcm ibu mertua kassim selamat tu. Dia baik aja. Tp mungkin dia x biasa dgn qaseh.. so dia sedikit keras dengan qaseh. Keras kat sini bukan bermaksud dia menggunakan kekerasan eh.. jgn salah faham.. dia agak kaku laa kiranya..

Cerita bermula begini.. kami planning nak mengerjakan umrah pada bulan 6 nanti.. yes. K.A.M.I! Bermaksud abang, kakak, qaseh dan ibu mertua qaseh. Kami berempat. Nanti qaseh cerita pasal umrah pula.. hari ni fokus pada ibu mertuaku! heheh. Oleh sbb mak (panggilan pada ibu mertua) baru first time nak ke sana.. kami sarankan mak turut serta dlm kursus umrah yg diadakan di masjid dekat rumah kami pada setiap hari ahad. Mak akur.perjalanan ke rumah mak mengambil masa 3jam. Jadi mak kena datang bermalam laa dirumah kami sementara menunggu ahad berikutnya.

Kakak pergi menjemput mak memandangkan kakak mmg suka ke kampung sbb ada tempat borong kain berdekatan. Boleh dia tumpang shopping sekali.. hehehe.. tu kita bukak post lain pulak ok! Heee..

Malam Ahad
Tiba giliran abang blk ke rumah qaseh.. mak xnak ikut abang blk kesini.. alasan mak, mak penat dan x elok juga. Kakak yang jemput, pastu tidur rumah qaseh. Ok! Qaseh terima..

Malam Isnin
Mak minta kakak hantarkannya ke rumah qaseh (kata kakak). Kebetulan minggu tu mmg qaseh bz yang melampau. Keja sampai pukul 10mlm.. qaseh mintak abg pospone niat mak unt tdur rumah qaseh bimbangkan tiada orang dirumah. Esok pagi2 qaseh kena pegi keja..

Malam selasa,rabu,khamis abang dirumah kakak.. so of course mak tdur dirumah kakak.. tapi qaseh sempat menjenguk mak dirumah kakak pada hari selasa. Bawak dia gi shopping beli brg2 umrah.. mkn2 ngan dia.. semua ok ja. Mak semakin neutral ngan qaseh. Berbanding dulu yang kelat ja.. hee. Sorry mak! Tunggu kakak blk keja then qaseh pn blk laa kerumah qaseh..

Malam jumaat
Abang blk rumah qaseh. So sepatutnya mak pun tdur rumah qaseh. Tetiba abang blk seorang diri. Aik. Mana mak? Abang ckp mak nak spend time ngan cucu2 dia kat rumah kakak. Haiiiii.. dah 5 hari kat rumah kakak x cukup lagi ka? Qaseh termengamuk kat abang laa.. qaseh salahkan abang yg x pujuk mak unt dtg ke rumah n spend time qaseh.. bertambah bengang bila qaseh dah mintak org substitute keja qaseh hari sabtu tu sbb qaseh nak spend time ngan mak. Bila mak x dtg.. qaseh nak buat apa tertonggok kat rumah. Stress!

Kesian abang kena marah.. abg pun msg kakak. Ntah apa dia ckp kat kakak. Pagi2 pukul 7.10pagi.. kakak kol qaseh ckp nak hantar mak dtg rumah qaseh. Tegejut jugak. Tp terima ja. Nanti ckp xnak terima pulak.. ohh mesti tertanya2 kan. Napa abang x pegi ambil mak sendiri? Abang dah pegi keja jam 6.30pagi td. Lagipun tempat keja kakak dekat dengan rumah qaseh. So kakak hantar mak otw ke tempat keja dia.. akak buat muka selamba jaa hantar mak kat rumah qaseh. Akhirnya sampai jugak mak kat rumah qaseh..

Mak bising pot pet pot pet leterkan perangai abang yang selalu letih dan semua tanggungjawab kakak tanggung seorang. Kebetulan minggu dia dtg ni mmg yang plg bz. Klau x xde pun mcm tu.. xrau nak explain mcm mana kat mak. Terima ja leteran mak. Heee.

Bila dia penat. Dia berenti sendiri. Heee. pastu kami layan drama tv. Masak. Borak pasal umrah.makan sama2.. mak byk cerita pasal keluarga abang.. yg byk qaseh x tahu sbb abang x penah nak cerita pasal keluarga dia. Pasal arwah abah. Abang. Kakak. Adik dan menantu serta cucu2 dia yg lain.. aku terbaring2 laa kat katil sambil denga mak borak. Ajak mak baring skali. Dia x nak. Dia ckp dia suka duduk. Tp aku tau dia sebenarnya masih anggap aku org asing. Tu yang x nak santai sgt tu. Kaku. Heee. Xpelaa mak.qaseh terima. Lama2 nanti ok laa tu. Mak sudi jenguk qaseh kat rumah qaseh ni pun dah cukup bersyukur dah ni..

Abang bila sebelum maghrib. Pastu qaseh hidangkan abang mkn. Mak xnak makan dah. Dia mmg mkn sekali ja sehari. Habis makan mak bagitahu abg dia nak blk rumah kakak awal pagi. Sedih qaseh dengar.. xpa laa. Mak ckp dia nak tgk tanam2an kat rumah kakak.

Hari ahad
Kami bawak mak ke rumah kakak. Mak dgn abang sibuk bekebun dirumah kakak. Qaseh duduk diruang tamu dengan adik (anak bongsu kakaak). Along pegi sekolah ada sukan katanya. Qaseh main teka teki dengan adik. Alhamdulillah adik dah mula panggil "bonda". Sejuk hati qaseh. Sebelum ni dia x penah panggil. Cuma jawab bila ditanya. Qaseh rasa sangat bahagia disaat ini. Oh! Mana kakak? Kakak bersiap2 nak pergi cucuk n kursus umrah.

Kemudia kami ke klinik unt cucuk manigitis? Xtahu mcm mana nak eja. Heee. Sorry. Then kami ke mall kejap belikan mak kasut untuk ke Mekah. Then baru pegi ke tempat kursus. Pastu qaseh dengan abang bertolak pulang ke kampung hantarkan mak. Disebabkan esok keja. Kami kena pulang mlm tu juga.. kesian abang nak kena drive. Xrehat langsung. Terus bergegas balik. Mlm ni giliran kakak, Kakak marah2 sbb sampai lambat. Qaseh sedih.. bukannya kakak xtau yang kami pergi hantar mak. Bukan bersuka ria..

Kadang2 kakak pentingkan diri sendiri.. x kesian dengan abang langsung. Giliran kakak untuk kakak.. giliran qaseh pn untuk kakak.. maaf qaseh emosi. Tp kadang2 qaseh tersinggung.. untuk mengelakkan qaseh terus emosi. Qaseh berenti disini. Wassalam

No comments:

Post a Comment