Sunday 19 May 2013

Hadiah Hari Jadi Untuk Qaseh..

Salam rakan madu..

Maafkan Qaseh sbb entri ini ditulis bilamana qaseh sedang bersedih. Qaseh x boleh nak fokus keja.. qaseh terlalu sedih. Qaseh sedar yg qaseh x sepatutnya berasa sedih dengan kejadian ni. Tp sifat semulajadi manusia belum terkubur hingga ke hari ini..

Giliran abang bersama kakak pada hari lahir qaseh sudah cukup menguji qaseh tentang lumrah hidup dan supaya lebih bersabar dengan ketentuan.. tp qaseh sedih bila birthday pertama qaseh sebagai isteri tidak diraikan oleh suami qaseh.. bukan qaseh mintak diraikan. Cuma qaseh mintak ucapan hari lahir yang pertama dari abang.. bukan dari org lain.. mula dari jam 12tgh mlm. Whatsapp telefon berbunyi x berhenti2 atas ucapan hari lahir dr rakan n saudara mara. Tp bukan dari abang.. sedihnya.. hari lahir ni akan qaseh kenang sampai bila2 abang.. sbb ini yang pertama buat qaseh.. mungkin dh jadi kebiasaan buat abang yg dah 13tahun bergelar suami. Tp bukan bagi qaseh.

Tersentap hati qaseh walaupun cuba qaseh telan.. abah.mama dan abang di kampung dtg ziarah kerumah mungkin risaukan qaseh kesorangan..qaseh maseh ingat mcm mn abang begitu teruja membelikan bahan2 steamboat di pasaraya, belikan hadiah mewah, dan kek yang tertulis "selamat hari lahir sayang" pada hari lahir kakak yang lalu.. qaseh xmintak hadiah dari abang.. qaseh cuma nak abang renung mata qaseh dan ucap selamat hari lahir buat qaseh..

Abang blk mlm.. qaseh sgt teruja. Abang blk dengan mak.jam 8.45pm. Terkejut qaseh. Rumah masih bersepah dengan saki baki tinggalan family qaseh yg baru saja pulang. Tp x pa. Qaseh kemas perlahan2. Abang tak ucap pun selamat hari lahir di depan qaseh. Mungkin abang ingat ucapan hari lahir dari panggilan telefon pagi td dh memadai..

Ya Allah. Dengan kekuasaanmu Ya Rabbi. Aku mohon kau lenyapkanlah kejadian hari jadiku pada tahun ini dr ingatanku Ya Allah.. Amin.

Qaseh mintak maaf abang.. qaseh x kuat.. qaseh berhenti menulis dulu. Air mata masih belum kering sedari semalam.. doakan qaseh ya rakan2.. terima kasih..

Sunday 21 April 2013

The Game Is ON!!

Assalamualaikum rakan madu..

Ok semalam hari yang menyedihkan buat qaseh. Qaseh dah cuba fk positive. Tp smalam qaseh rasa sia2. Kakak belikan abang telefon baru siap simcard n internet with a note: "fon ni cuma unt sayang. Xde org boleh tau no fon ni". Sedihnya. Dah laa fon tu sama dengan fon qaseh. Kereta pun kakak nak beli sama mcm qaseh. Apa yg kakak cuba buktikan? Kakak boleh ada apa yang qaseh ada? N kakak boleh bagi apa yang qaseh bagi? Sorry qaseh emo. Tp qaseh xnak bersaing. Qaseh ikhlas dengan kakak. Tp napa kakak buat mcm tu..

Mulai hari ini qaseh dah xnak baik2 dengan kakak lagi. Kalau kakak pandai set game. Qaseh pun pandai main game. Ill definitely join u. The game is on! Qaseh nak ckp benda penting2 ja dgn kakak. Dah xnak ikhlas sgt. Mesti ada waspada. Qaseh takut terkena lagi. Qaseh mintak maaf banyak2..

Nasib abang pandai memujuk.. sejuk hati qaseh walaupun kena game. Terima kasih abang.. abang mmg hebat. Qaseh syg abang sgt.. sgt sgt sgt. Heee. Moga tuhan kuatkan hati qaseh unt terus teguh berdiri dengan landasan yang betul. Yang penting.. Hati.. jgn kotor! Biarlah apa org buat. Janji kita x buat org.. tuhan maha adil dan maha berkuasa.

Wassalam..

Ibu Mertuaku!

Assalamualaikum rakan madu..

Seram x denga tajuk post kali ni? Heee.. ibu mertua qaseh xde laa mcm ibu mertua kassim selamat tu. Dia baik aja. Tp mungkin dia x biasa dgn qaseh.. so dia sedikit keras dengan qaseh. Keras kat sini bukan bermaksud dia menggunakan kekerasan eh.. jgn salah faham.. dia agak kaku laa kiranya..

Cerita bermula begini.. kami planning nak mengerjakan umrah pada bulan 6 nanti.. yes. K.A.M.I! Bermaksud abang, kakak, qaseh dan ibu mertua qaseh. Kami berempat. Nanti qaseh cerita pasal umrah pula.. hari ni fokus pada ibu mertuaku! heheh. Oleh sbb mak (panggilan pada ibu mertua) baru first time nak ke sana.. kami sarankan mak turut serta dlm kursus umrah yg diadakan di masjid dekat rumah kami pada setiap hari ahad. Mak akur.perjalanan ke rumah mak mengambil masa 3jam. Jadi mak kena datang bermalam laa dirumah kami sementara menunggu ahad berikutnya.

Kakak pergi menjemput mak memandangkan kakak mmg suka ke kampung sbb ada tempat borong kain berdekatan. Boleh dia tumpang shopping sekali.. hehehe.. tu kita bukak post lain pulak ok! Heee..

Malam Ahad
Tiba giliran abang blk ke rumah qaseh.. mak xnak ikut abang blk kesini.. alasan mak, mak penat dan x elok juga. Kakak yang jemput, pastu tidur rumah qaseh. Ok! Qaseh terima..

Malam Isnin
Mak minta kakak hantarkannya ke rumah qaseh (kata kakak). Kebetulan minggu tu mmg qaseh bz yang melampau. Keja sampai pukul 10mlm.. qaseh mintak abg pospone niat mak unt tdur rumah qaseh bimbangkan tiada orang dirumah. Esok pagi2 qaseh kena pegi keja..

Malam selasa,rabu,khamis abang dirumah kakak.. so of course mak tdur dirumah kakak.. tapi qaseh sempat menjenguk mak dirumah kakak pada hari selasa. Bawak dia gi shopping beli brg2 umrah.. mkn2 ngan dia.. semua ok ja. Mak semakin neutral ngan qaseh. Berbanding dulu yang kelat ja.. hee. Sorry mak! Tunggu kakak blk keja then qaseh pn blk laa kerumah qaseh..

Malam jumaat
Abang blk rumah qaseh. So sepatutnya mak pun tdur rumah qaseh. Tetiba abang blk seorang diri. Aik. Mana mak? Abang ckp mak nak spend time ngan cucu2 dia kat rumah kakak. Haiiiii.. dah 5 hari kat rumah kakak x cukup lagi ka? Qaseh termengamuk kat abang laa.. qaseh salahkan abang yg x pujuk mak unt dtg ke rumah n spend time qaseh.. bertambah bengang bila qaseh dah mintak org substitute keja qaseh hari sabtu tu sbb qaseh nak spend time ngan mak. Bila mak x dtg.. qaseh nak buat apa tertonggok kat rumah. Stress!

Kesian abang kena marah.. abg pun msg kakak. Ntah apa dia ckp kat kakak. Pagi2 pukul 7.10pagi.. kakak kol qaseh ckp nak hantar mak dtg rumah qaseh. Tegejut jugak. Tp terima ja. Nanti ckp xnak terima pulak.. ohh mesti tertanya2 kan. Napa abang x pegi ambil mak sendiri? Abang dah pegi keja jam 6.30pagi td. Lagipun tempat keja kakak dekat dengan rumah qaseh. So kakak hantar mak otw ke tempat keja dia.. akak buat muka selamba jaa hantar mak kat rumah qaseh. Akhirnya sampai jugak mak kat rumah qaseh..

Mak bising pot pet pot pet leterkan perangai abang yang selalu letih dan semua tanggungjawab kakak tanggung seorang. Kebetulan minggu dia dtg ni mmg yang plg bz. Klau x xde pun mcm tu.. xrau nak explain mcm mana kat mak. Terima ja leteran mak. Heee.

Bila dia penat. Dia berenti sendiri. Heee. pastu kami layan drama tv. Masak. Borak pasal umrah.makan sama2.. mak byk cerita pasal keluarga abang.. yg byk qaseh x tahu sbb abang x penah nak cerita pasal keluarga dia. Pasal arwah abah. Abang. Kakak. Adik dan menantu serta cucu2 dia yg lain.. aku terbaring2 laa kat katil sambil denga mak borak. Ajak mak baring skali. Dia x nak. Dia ckp dia suka duduk. Tp aku tau dia sebenarnya masih anggap aku org asing. Tu yang x nak santai sgt tu. Kaku. Heee. Xpelaa mak.qaseh terima. Lama2 nanti ok laa tu. Mak sudi jenguk qaseh kat rumah qaseh ni pun dah cukup bersyukur dah ni..

Abang bila sebelum maghrib. Pastu qaseh hidangkan abang mkn. Mak xnak makan dah. Dia mmg mkn sekali ja sehari. Habis makan mak bagitahu abg dia nak blk rumah kakak awal pagi. Sedih qaseh dengar.. xpa laa. Mak ckp dia nak tgk tanam2an kat rumah kakak.

Hari ahad
Kami bawak mak ke rumah kakak. Mak dgn abang sibuk bekebun dirumah kakak. Qaseh duduk diruang tamu dengan adik (anak bongsu kakaak). Along pegi sekolah ada sukan katanya. Qaseh main teka teki dengan adik. Alhamdulillah adik dah mula panggil "bonda". Sejuk hati qaseh. Sebelum ni dia x penah panggil. Cuma jawab bila ditanya. Qaseh rasa sangat bahagia disaat ini. Oh! Mana kakak? Kakak bersiap2 nak pergi cucuk n kursus umrah.

Kemudia kami ke klinik unt cucuk manigitis? Xtahu mcm mana nak eja. Heee. Sorry. Then kami ke mall kejap belikan mak kasut untuk ke Mekah. Then baru pegi ke tempat kursus. Pastu qaseh dengan abang bertolak pulang ke kampung hantarkan mak. Disebabkan esok keja. Kami kena pulang mlm tu juga.. kesian abang nak kena drive. Xrehat langsung. Terus bergegas balik. Mlm ni giliran kakak, Kakak marah2 sbb sampai lambat. Qaseh sedih.. bukannya kakak xtau yang kami pergi hantar mak. Bukan bersuka ria..

Kadang2 kakak pentingkan diri sendiri.. x kesian dengan abang langsung. Giliran kakak untuk kakak.. giliran qaseh pn untuk kakak.. maaf qaseh emosi. Tp kadang2 qaseh tersinggung.. untuk mengelakkan qaseh terus emosi. Qaseh berenti disini. Wassalam

Qaseh Terima Semuanya, Kakak!

Assalamualaikum rakan madu..

Lamanya x mengadu domba. Bukan apa.. qaseh x pandai nak mengadu domba bila emosi x stabil.. takut2 menyesal dgn kata2 atau perbuatan sendiri. Ok! Skarang dah sejuk sikit ni.. qaseh nak update sikit apa yang berlaku..

last post qaseh bagitahu abang pergi bercuti dengan kakak kan.. qaseh sedih abang banyak hari x kontek qaseh.. bertambah sedih bila tgk gambar2 yang kakak post dlm fb kakak. Alaaa.. bukan sedih part aksi manja dia dgn abg. Sedih sbb baju yg dia pakai sebijik baju mcm qaseh. Kasut pun sama. N abang pun dibelinya baju yg sama mcm qaseh beli. Post bergambar pun sama mcm post gambar abg dengan qaseh.. sedangkan dulu x mcm tu. Klau tgk gambar diorang dulu mcm jauh berbeza...

Jadi qaseh sedih sbb kakak mcm nak jadi mcm qaseh. Apa qaseh beli. Qaseh buat. Qaseh ada. Semua dia nak sama.. qaseh pun x tau apa motif kakak buat mcm tu.. qaseh fk positif je laaa.. maybe sbb kakak nak kami nampak sama dimata abang.. xpe laaa.. qaseh terima..

Pastu qaseh sedih lagi bila kakak dlm diam2 pegi ke tempat facial yg qaseh selalu pegi dan buat semua treatment mcm qaseh plus extra2 lagi. Kakak siap pergi almost every week. Qaseh pun pg sebulan sekali jaaa.. hmmm x pa laaa qaseh fk positif lg. Maybe kakak bosan dirumah n nak nampak cantik dimata abang.. qaseh terima..

Qaseh sedih bila kakak selalu tipu qaseh. Benda lain dia buat. Benda lain dia ckp.. eh mcm terbalik! Xpe laa same laa tu. Heee. Qaseh fk positif lg.. maybe kakak x sengaja cerita benda x sama dgn apa yg dia buat.. qaseh terima..

Qaseh kena byk muhasabah diri..

Doakan qaseh ya..

Selain dari kesedihan qaseh dgn kakak, ada kegembiraannya juga.. kakak belikan baaaaanyak hadiah unt qaseh. Semua mahal2.. terima kasih kakak.. abang ckp.. semua yang dibeli unt dirinya dibeli juga untuk qaseh. Subhanallah. Murahnya hati kakak. Moga kakak diberkati dan diredhai.. qaseh syg kakak.. ikhlas dari hati qaseh. Qaseh betul2 syg dan mengagumi ketabahan kakak.. qaseh pun belum tentu kuat mcm kakak klau qaseh ditempat kakak.. ok nak cerita pasal mak mentua pulak.. next post ok! Wassalam.. =)

Sunday 24 March 2013

Abg Bercuti Ke Luar Negara..

Salam rakan madu..

Abang bercuti berdua dgn kakak ke luar negara.. aku pun bujang laa untuk beberapa hari.. aku pefi becuti dgn izin abg ke pantai timur.. yuhuu. First time drive ke pantai timur. Adventurous tp best. Shopping siti khadijah smpai x hingat.. ni nak kongsi gamba pantai cahaya bulan..

Monday 18 March 2013

Terima Kasih Sayang..

Assalamualaikum rakan madu..

Letihnya baru balik dari outstation 5hari.. minggu ni weekend abang dengan Qaseh. Abang tepaksa ikut Qaseh ke outstation 2 hours from home. Ulang alik abang gi keja.. sian abang.. terima kasih sbb sanggup berkorban unt bersama Qaseh.. n x lupa juga terima kasih unt kakak yang mengizinkan abang bertolak lebih awal dari rumah kakak kerana risau abang drive mlm2.. akak baik sgt.

sayang kakak..

hee

Lupa nak bgtau parents Qaseh datang few days before Qaseh pg outstation.. tq daddy n mummy sanggup drive 4hours from kampung to visit yr daughter. Daddy masak ketam masak lemak cili api unt kakak. Kebetulan kakak pn masak benda yg sama.. heee.

Lamanya x jumpa kakak.. masing2 sibuk ngan keja.. nanti ada waktu kita jumpa ya kak.. dok whatsapp ja x puas.. ok till then. Take care!

Mood : berbunga2 cinta dalam keletihan bekerja :)

Saturday 9 March 2013

Aku Menantimu..

Assalamualaikum rakan madu..

X sabar rasanya tunggu abg pulang kerumah Qaseh untuk giliran bersama.. untuk pengetahuan pembaca.. mr.perfect bersama kakak dan anak2 blk ke kampung mentuaku.. kakak selalu pulang ke kampung mr.perfect sekarang.. Alhamdulillah.. dulu nak telefon emak pun x semenggah. Sekarang kakak dah byk berubah.. Qaseh bangga dengan kakak!

Yang paling bestnya. Kalau diorang blk kg.. mesti ada buah tangan untuk Qaseh nanti.. mr.Perfect dah msg ada buah tgn unt Qaseh nanti.. terima kasih mr.perfect. sebab x pernah lupakan Qaseh.. qaseh bangga dengan mr.perfect..

Untuk Qaseh yang menunggu dirumah.. Qaseh nak siapkan baju untuk kita pergi kerja esok.. kemas rumah dll. Yang penting.. kepulangan mr.perfect sgt dinanti..

I love u Mr.Perfect! Xoxo